Harley-Davidson X 440 2023 akan tiba di pasaran India

Harley-Davidson X 440 2023 merupakan produk kolaborasi antara Harley-Davidson dan Hero MotoCorp, dan ianya dikhabarkan akan tiba di pasaran India dalam bulan Julai.

Setakat ini beberapa keping gambar model itu telah didedahkan lebih awal. Di bahagian enjin, ianya dikatakan menawarkan sesaran 440cc (single-cylinder, oil-cooled) sahaja.

Spesifikasi lain seperti fork depan USD, suspensi belakang berkembar, brek depan dan belakang cakera, ABS dua hala, dan saiz tayar 18 inci (depan) dan 17 inci (belakang).

Sistem lampunya LED, manakala panel meter jenis digital. Harga rasminya hanya akan diketahui sewaktu hari pelancaran nanti, dan ianya dijangka pada paras berpatutan.

Sumber : Motor Beam