Lexmoto LXR SE 125 2023 di pasaran UK, harga RM 19,383.92

Lexmoto baru-baru ini telah memperkenalkan model sport bike terbaharu Lexmoto LXR SE 125 2023 untuk pasaran UK, dengan harga £3,399.99, bersamaan RM 19,383.92.

Model tersebut merupakan kesinambungan kepada model terdahulu Lexmoto LXR SE 125 2021. Bagi musim 2023, ianya kini tampil dengan skim warna baharu Matt Black.

Spesifikasi yang ditawarkan bagaimanapun kekal sama, antaranya enjin dalam sesaran 125cc dengan sistem penyejukan cecair, EFI dan sistem transmisi enam kelajuan.

Jumlah kuasa yang dihasilkannya 12.5hp @ 9,000rpm dengan tork maksimum 11Nm @ 6,750rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, ianya dibekalkan tangki bahan api 13.5 liter.

Spesifikasi menarik lain pada Lexmoto LXR SE 125 2023 ini seperti fork depan terbalik, suspensi belakang mono, panel meter TFT berwarna, dan sistem lampu LED penuh.

Selanjutnya model itu dilengkapi sistem brek cakera depan berkembar dan brek cakera belakang tunggal, dan tayar depan dan belakang berukuran 110/70-17 dan 150/70-17.

Berat penuhnya mencapai 167 kg. Sementara itu di pasaran Malaysia, terdapat sebuah model yang mirip dengan model Lexmoto LXR SE 125 ini, iaitu Aveta VZR250 2023.