Model hyper naked berprestasi tinggi Kawasaki Z H2 SE 2023 kini rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, yang berlangsung di acara Malaysia Autoshow 2023 baru-baru ini.
Tampil dalam dua pilihan warna, harga yang ditawarkan untuk model berkenaan adalah sebanyak RM 97,800.00, dan tidak termasuk insuran, cukai jalan dan pendaftaran.
Kawasaki Z H2 SE 2023 dikuasakan enjin bersesaran 998cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four with Supercharger, DOHC, 16 valves) dengan janaan 200PS dan tork 137Nm @ 8,500rpm. Sistem transmisinya ialah enam kelajuan dengan Assist & Slipper Clutch.
Model tersebut seterusnya dilengkapi tangki bahan api 19 liter, tinggi tempat duduk 830 mm, tayar bersaiz 120/70ZR17 dan 190/55ZR17, dan mempunyai berat penuh 240 kg.
Pelbagai spesifikasi lainnya ialah KECS (Kawasaki Electronic Control Suspension), brek depan dengan kaliper Brembo Stylema, KQS (Kawasaki Quick Shifter) dan unit IMU.
Melengkapkan lagi Kawasaki Z H2 SE 2023 ini termasuklah KIBS (Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System), KCMF (Kawasaki Cornering Management Function), 3-Mode KTRC (Kawasaki TRaction Control), dan KLCM (Kawasaki Launch Control Mode).
Selain itu, ianya turut menawarkan Power Mode, Electronic Cruise Control, panel meter TFT berwarna, sistem sambungan ke telefon pintar, dan juga lampu LED sepenuhnya.