Yamaha Tracer9 GT 2023 terima dua warna baharu di Jepun

Pada 20hb. April 2023 yang lepas, Yamaha Motor Co., Ltd. rasmi menawarkan Yamaha Tracer9 GT 2023 untuk pasaran domestik Jepun, dengan dua pilihan warna baharu.

Dua pilihan warna baharu itu ialah White dan Black. Harga jualan yang ditawarkan ialah sebanyak 1,496,000 Yen, bersamaan nilai RM 49,416.49 mengikut kadar semasa.

Yamaha Tracer9 GT 2023 dilengkapi enjin 888cc (liquid-cooled, DOHC, 4-valve, in-line, 3-cylinder) dengan gandingan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.

Enjin itu menjana kuasa maksimum 120PS @ 10,000rpm dengan tork setinggi 93Nm @ 7,000rpm. Tangki bahan api model Sports Tourer itu hadir dengan kapasiti 18 liter.

Tempat duduk Yamaha Tracer9 GT 2023 mempunyai ketinggian 820 mm (low position) dan 835 mm (high position). Berat jentera kembara tersebut mencapai angka 220 kg.

Spesifikasi lain termasuklah teknologi 6-axis “IMU” (Inertial Measurement Unit), Traction Control System (TCS), Slide Control System (SCS), dan Lift Control System (LIF).

Selain itu ianya turut dilengkapi sistem suspensi KYB kawalan elektronik, Quick Shifter, brek depan dengan radial master cylinder, sistem D-MODE, dan juga Cruise Control.

Melengkapkan lagi ciri-ciri menariknya ialah lampu selekoh (cornering lamps), pemanas genggaman, panel meter TFT 3.5 inci berkembar berwarna, dan sistem lampu LED.

Artikel berkaitan :