Aprilia RSV4 Factory dan Aprilia Tuono V4 Factory kini tampil dengan warna Speed White untuk musim 2023

Aprilia baru-baru ini memperkenalkan dua model keluarannya iaitu Aprilia RSV4 Factory dan Aprilia Tuono V4 Factory, dalam skim warna Speed White untuk musim 2023.

Kedua-duanya diperkenalkan oleh Aleix Espargaró dan Maverick Viñales, dua pelumba pasukan Aprilia Racing MotoGP, bertempat di GP America di Texas pada April lepas.

Skim warna terbaharu Speed White kini menyertai dua lagi pilihan warna sedia ada bagi Aprilia V4 Factory, iaitu Time Attack dan Ultra Dark yang diperkenalkan sebelum ini.

Aprilia RSV4 Factory dan Aprilia Tuono V4 Factory Speed White 2023 merupakan versi edisi terhad, dan hanya ditawarkan bermula dari bulan Mei sehingga akhir tahun ini.