Galeri gambar Yamaha Jupiter 2001 di pasaran Indonesia

Di pasaran Malaysia, model kapcai Yamaha Lagenda SR telah ditawarkan bermula dari tahun 2000 sehingga tahun 2003, dengan enjin 100cc dan kotak gear empat kelajuan.

Pada masa yang sama, model tersebut turut dilancarkan di pasaran Indonesia dengan nama Yamaha Jupiter, seperti mana paparan di dalam galeri gambar seperti di bawah.

Reka bentuk di antara kedua-dua model iaitu Yamaha Lagenda SR dan Yamaha Jupiter adalah sama sahaja, begitu juga dengan spesifikasi enjin dan ciri-ciri yang ditawarkan.

Di pasaran Malaysia, ketika ini generasi terakhir Yamaha Lagenda 115Z telah pun tiba ke penghujungnya, dan kini digantikan dengan model terbaharu Yamaha EZ115 2023.