CFMOTO 250SR 2023 terima pilihan warna baharu di Malaysia

Model sport bike CFMOTO 250SR 2023 rasmi diperkenalkan di pasaran Malaysia pada Februari yang lalu, dengan dua warna terbaharu Starlight Black dan Lightspeed Gray.

Di bahagian enjin, ianya masih kekal bersesaran 249.2cc (single-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC) dengan sistem BOSCH EFI, dan dipadankan transmisi enam kelajuan dengan CF-SC Slipper Clutch untuk penukaran gear yang lebih lancar dan pantas.

Prestasi maksimum yang dihasilkan oleh enjin tersebut mencapai 27.5hp @ 9,750rpm, dengan tork puncak 22Nm @ 7,500rpm. Tangki bahan apinya pula berkapasiti 12 liter.

Ciri-ciri menarik lain yang ditawarkan ialah seperti fork depan USD, suspensi belakang monoshock, panel instrumen TFT dengan mod Sport dan Eco, dan sistem lampu LED.

Untuk pengendalian yang mantap, CFMOTO 250SR 2023 dilengkapi tayar dengan saiz 110/70-17 dan 140/60-17, dan sistem brek ABS untuk tahap keselamatan maksimum.

Berkenaan harga, tidak pasti sama ada harganya masih sama seperti sebelumnya iaitu RM 16,800.00. Maklumat lengkap boleh didapati di bilik pameran wakil pengedar sah.

Sumber : TR Motorworld Branch Cheras FB