Model adventure Benelli TRK 251 2023 kini diperkenalkan di pasaran Eropah, dengan empat pilihan warna yang menarik dan sporty iaitu White, Black, Grey dan Yellow.
Berdasarkan siaran akhbar yang diterbitkan oleh Benelli, model berkenaan masih kekal dengan spesifikasi terdahulu, tanpa ada sebarang naik taraf atau perubahan terkini.
Benelli TRK 251 2023 dilengkapi enjin berkapasiti 249cc (single cylinder, 4-stroke, liquid cooled, 4 valve, DOHC) yang digandingkan dengan sistem transmisi enam kelajuan.
Enjin tersebut menawarkan kuasa maksimum 25.8hp @ 9,250rpm dengan tork 21.1Nm @ 8,000rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, ianya dilengkapi tangki bahan api 18 liter.
Sistem suspensinya menggunakan fork depan jenis terbalik 41 mm, dengan gandingan unit monoshock di belakangnya. Sistem brek cakeranya pula lengkap dengan ABS.
Benelli TRK 251 2023 dilengkapi tayar berukuran 110/70-R17 (depan) dan 150/60-R17 (belakang). Tinggi tempat duduk model dengan berat penuh 176 kg itu ialah 800 mm.
Untuk lebih kemudahan, ianya turut dilengkapi dengan panel meter digital sepenuhnya dan sistem lampu LED yang terang, di samping sistem ekzos yang bergaya sporty.