Pada awal tahun ini, SYM VF3i 185 (N2) 2023 telah diperkenalkan dengan satu pilihan skim warna terbaharu Orange, yang kelihatan begitu sporty dan menyerlah sekali.
Ianya merupakan varian standard yang tidak dilengkapi sistem brek ABS, seperti mana varian SYM VF3i 185 Pro dan SYM VF3i 185 LE yang dilengkapi sistem brek ABS.
Selain itu, enjin 183cc (SOHC, 4 stroke, Liquid-cooled, Single Cylinder) pada SYM VF3i 185 (N2) 2023 ini mempunyai jumlah kuasa dan tork maksimum yang lebih rendah.
Enjin itu hanya menawarkan kuasa maksimum 17.7hp @ 8,500rpm dengan jumlah tork 15.3Nm @ 7,000rpm, berbanding 19.7hp dan 17.4Nm pada varian Pro dan LE.
Selain daripada pilihan warna terbaharu Orange, tiga pilihan warna terdahulu masih lagi ditawarkan, seperti mana paparan galeri di dalam artikel SYM VF3i 185 V2 2021 ini.
Untuk anda yang berminat, boleh berkunjung ke mana-mana cawangan pengedar yang berdekatan untuk mendapatkan harga jualannya, seterusnya membuat pembelian.