Pada awal tahun ini, motosikal ladang dan kebun iaitu Kawasaki Stockman 2023 secara rasmi dilancarkan di pasaran Australia, sebagai pengganti Kawasaki Stockman 2021.
Model berkenaan didatangkan dengan dua pilihan warna Lime Green dan Olive Green, dengan enjin bersesaran 233cc (air-cooled, 4-stroke, single-cylinder, SOHC, 2 valves).
Enjin itu dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan, dan menawarkan prestasi 19PS @ 7,600rpm dengan tork 19.8Nm @ 6,100rpm. Tangki bahan apinya 7.5 liter.
Kawasaki Stockman 2023 mempunyai casis ‘perimeter, high-tensile steel’, dengan fork depan teleskopik dan suspensi belakang ‘New Uni Trak with adjustable spring preload’.
Brek cakera depannya bersaiz 265 mm dengan dua piston, manakala brek belakangnya ialah cakera 220 mm dengan piston tunggal. Beratnya mencapai 137 kg (curb mass).
Di bahagian roda, ianya bersaiz 80/100-21 (depan) dan 100/100-18 (belakang). Tinggi tempat duduk berada pada paras 845 mm, dan jarak kelegaan buminya ialah 220 mm.
Harga jualannya untuk pasaran Australia setakat ini tidak diketahui. Namun di pasaran Indonesia, Kawasaki Stockman 2023 dijual sebanyak Rp. 57,500,000 (RM 17,285.50).