Suzuki Raider R150 Carburetor 2023 di pasaran Filipina

Di pasaran Filipina, Suzuki masih menawarkan model Suzuki Raider R150 Carburetor 2023, yang kini tampil dengan tiga pilihan warna baharu yang lebih sporty dan segar.

Ketiga-tiga pilihan warna terbaharu itu ialah Candy Jackal Green, Celebration Red dan Titan Black. Harga jualannya pula ialah sebanyak P103,900, bersamaan RM 8,294.34.

Suzuki Raider R150 Carburetor 2023 dilengkapi enjin bersesaran 147.3cc (4-stroke, oil-cooled, 4-valve, DOHC, 1-cylinder) dengan padanan transmisi enam kelajuan manual.

Enjin yang dilengkapi sistem penyampaian bahan api jenis karburetor itu kemudiannya menjana prestasi maksimum 15.42hp @ 9,500rpm dengan tork 12.4Nm @ 8,500rpm.

Model tersebut seterusnya dilengkapi tangki bahan api 4.2 liter, fork depan teleskopik, suspensi belakang monoshock, dan sepasang tayar bersaiz 70/90-17 dan 80/90-17.

Melengkapkan lagi spesifikasinya ialah sistem brek cakera, sistem kunci ‘Key Shutter’, lampu depan ‘Blue Lens’, tinggi tempat duduk 764 mm, dan berat kering hanya 107 kg.