Berapakah top speed Aveta VZR250 2023?

Model sport bike terbaharu Aveta VZR250 2023 kini dengan rasminya ditawarkan untuk pasaran tempatan, dengan harga asas berpatutan sebanyak RM 14,998.00 sahaja.

Melihat kepada enjinnya yang bersesaran 250cc (4-stroke, DOHC, liquid-cooled, single-cylinder), tentunya ramai yang tertanya-tanya berapakah top speed model tersebut?

Untuk makluman, jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin Aveta VZR250 ini mencapai 25.4hp @ 9,000rpm, dengan keluaran tork maksimum 21Nm @ 7,000rpm.

Jadi berapakah kelajuan maksimum atau top speed model tersebut? Untuk jawapannya kita perlu melihat paparan video YouTube melalui sesi tunggang uji oleh Huzairi Halim.

Berdasarkan sesi tunggang uji dan pecutan yang dilakukan, Aveta VZR250 ini dikatakan mampu mencapai kelajuan maksimum hampir 160 km/j, yang boleh dikatakan impresif.

Untuk sesebuah model sepertinya, kelajuan maksimum atau top speed dalam anggaran 160 km/j sebenarnya sudah memadai, tambahan pula beratnya yang mencapai 186 kg.

Untuk anda yang berminat, sama ada kerana reka bentuknya yang sporty, harga jualan yang berpatutan, atau kerana kelajuannya, bolehlah menempah model sport bike ini.

Aveta VZR250 2023 ditawarkan dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Air Force Blue, Fire Bird Red dan Jet Black. Anda boleh saksikannya melalui paparan galeri di bawah.