Model kembara terbaharu Suzuki V-Strom 250SX 2023 kini rasmi ditawarkan di pasaran Indonesia, dengan harga sebanyak Rp. 59,500,000, bersamaan nilai RM 17,714.20.
Pilihan warna yang ditawarkan ialah Champion Yellow, Pearl Blaze Orange dan Glass Sparkle Black. Suzuki V-Strom 250SX 2023 dikuasakan enjin 249cc (1-cylinder, 4-valve, SOHC) dengan teknologi penyejukan minyak dan sistem transmisi enam kelajuan.
Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 26hp @ 9,300rpm dengan tork puncak 22.2Nm @ 7,300rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, ianya dibekalkan tangki bahan api 12 liter.
Model adventure yang sporty itu kemudiannya dilengkapi sistem brek cakera depan dan belakang dengan ABS Dual Channel, tayar depan dan belakang dalam saiz 100/90-R19 dan 140/70-R17, ketinggian tempat duduk 835 mm, dan jarak kelegaan bumi 205 mm.
Spesifikasinya yang lain termasuklah lampu depan dan belakang LED, pengecas USB, panel meter digital yang memaparkan pelbagai maklumat, dan berat hanya 167 kg.
Untuk pasaran Malaysia, setakat ini belum ada perkembangan terkini mengenai jentera adventure yang lasak ini. Namun diharapkan ianya akan turut dilancarkan selepas ini.