Selepas model Harley-Davidson X 350 2023, pasaran China kini menerima pula model Harley-Davidson X 500 2023, dengan harga jualan CNY 44,388.00 (RM 28,549.31).
Model cruiser berkenaan tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Vibrant Orange, Bright Silver dan Dazzling Black, di samping gaya rekaan yang sporty dan menawan.
Harley-Davidson X 500 dilengkapi enjin 500cc (liquid-cooled, parallel twin cylinder) yang menawarkan 47hp dengan tork 46Nm. Enjin itu dipadankan transmisi enam kelajuan.
Spesifikasi lain termasuklah fork depan terbalik, suspensi belakang monoshock dengan pelarasan prabeban, sistem brek cakera, dan tayar bersaiz 120/70-17 dan 160/60-17.
Selain itu ialah tangki petrol 13 liter, panel meter digital, sistem lampu LED, dan tempat duduk yang selesa pada paras 820.1 mm. Berat keseluruhannya mencapai 208 kg.
Untuk pasaran Malaysia, setakat ini belum dapat dipastikan sama ada model cruiser ini akan turut dilancarkan. Melihat kepada harganya, model ini sesuai dijual di Malaysia.