Honda SP125 2023 di pasaran India, harga dari RM 4,578.67

Pasaran India baru-baru ini telah menerima pelancaran model terbaharu Honda SP125 2023, dan boleh didapati dalam dua pilihan varian iaitu brek dram dan brek cakera.

Pilihan warna pula ialah lima kesemuanya. Harga yang ditetapkan ialah Rs. 85,131 (RM 4,578.67) untuk varian brek dram, dan Rs 89,131 (RM 4,793.80) untuk brek cakera.

Honda SP125 dilengkapi enjin eSP (Enhanced Smart Power) 123.94cc yang mematuhi piawaian BS VI dan OBD2, dan ianya turut dilengkapi sistem PGM-FI yang ekonomi.

Enjin empat lejang yang mesra alam itu seterusnya digandingkan dengan transmisi lima kelajuan, dan menjana prestasi 10.7hp 7,500rpm dengan tork 10.9Nm @ 6,000rpm.

Antara ciri-ciri menarik pada model tersebut ialah ACG Starter, suspensi belakang boleh laras (lima tahap), sistem brek dengan teknologi ‘CBS with Equalizer’, tangki bahan api 11.2 liter, dan tayar depan dan belakang yang bersaiz 80/100-R18 dan 100/80-R18.

Melengkapkan lagi ciri-ciri menariknya termasuklah lampu depan LED DC, panel meter digital pelbagai maklumat, suis enjin Start/Stop, ‘Integrated Headlamp Beam & Passing Switch’, tongkat sisi pemati enjin, di samping pakej jaminan 3 + 3 sehingga 6 tahun.

Secara keseluruhannya, Honda SP125 2023 ini mempunyai gaya rekaan yang menarik, harga yang berpatutan, enjin jimat bahan api, dan juga rendah kos penyelenggaraan.