Laman Facebook Suzuki Malaysia pada kelmarin rasmi menyiarkan teaser kedatangan model streetfighter terbaharu Suzuki GSX-8S 2023, yang akan tiba tidak lama lagi.
Untuk makluman, model tersebut sebelum ini diperkenalkan buat pertama kali di EICMA 2022, dan selepas itu ianya mula dilancarkan di pelbagai pasaran di seluruh dunia.
Setakat ini Suzuki Malaysia masih belum mendedahkan tarikh pelancaran rasmi, namun ianya dijangka berlangsung selepas musim perayaan nanti, mungkin pada Mei 2023.
Berkenaan harga, dijangkakan Suzuki GSX-8S ini akan ditawarkan dengan harga jualan yang berpatutan dan berbaloi dengan spesifikasi dan prestasi yang ditawarkannya.
Imbas kembali, ianya dilengkapi enjin 776cc (4-stroke, 2-cylinder, liquid-cooled, DOHC) dengan transmisi enam kelajuan, dengan kuasa maksimum 82.9PS dan tork 78Nm.
Ciri-ciri menarik yang melengkapinya termasuklah Suzuki Clutch Assist System (SCAS), Bi-directional Quick Shift System, sistem suspensi KYB, panel meter digital TFT 5.0 inci berwarna, sistem lampu depan LED menegak dengan DRL, dan tangki petrol 14 liter.
Turut melengkapi termasuklah Suzuki Easy Start System, ride-by-wire, Low RPM Assist, Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), dan Suzuki Traction Control System (STCS).