Pasaran Greece baru-baru ini menerima kehadiran sebuah model naked terbaharu iaitu QJ Motor SRK 125 S 2023, yang tampil sporty dan kelihatan begitu menarik sekali.
Model tersebut didatangkan dalam dua pilihan warna putih dan hitam, serta mempunyai perbezaan warna pada fork depannya. Harga jualannya € 2,995.00 (RM 14,542.85).
QJ Motor SRK 125 S dikuasakan enjin bersesaran 125cc dengan sistem sejukan cecair, SOHC, empat injap, sistem BOSCH EFI, dan dipadankan transmisi enam kelajuan.
Enjin itu menjana kuasa maksimum 15PS @ 9,500rpm dengan tork maksimum 12.1Nm @ 7,000rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, ianya dibekalkan tangki bahan api 10 liter.
Selanjutnya, model naked tersebut dilengkapi fork depan jenis USD, suspensi belakang monoshock dengan pelarasan prabeban, dan tayar bersaiz 110/70-17 dan 130/70-17.
Di bahagian roda depan, QJ Motor SRK 125 S dilengkapi brek cakera 260 mm dengan kaliper empat piston, dan brek cakera belakang 240 mm dengan kaliper dua piston.
Sistem brek itu kemudiannya disempurnakan dengan ABS Dual Channel. Tinggi tempat duduk QJ Motor SRK 125 S ini mencapai 785 mm, dan berat keseluruhannya 143 kg.
Artikel menarik berkaitan :