Pada tarikh 13hb. Mac 2023 yang lepas, Suzuki V-Strom 250 2023 telah dilancarkan di pasaran Jepun, yang kini tampil dengan kemaskini empat pilihan warna terbaharu.
Harga jualannya pula ialah sebanyak 646,800 Yen (RM 21,331.69). Beralih ke bahagian teknikal, model kembara itu masih mengekalkan spesifikasi dan ciri-ciri yang sama.
Suzuki V-Strom 250 dikuasakan enjin 248cc (liquid-cooled, SOHC, parallel twin) dengan transmisi enam kelajuan, seterusnya menawarkan kuasa maksimum 24PS @ 8,000rpm dengan tork 22Nm @ 6,500rpm. Enjin itu kini patuh piawaian emisi terkini di Jepun.
Sistem suspensi terdiri daripada fork depan teleskopik dan belakang tunggal, manakala sistem brek cakera lengkap dengan ABS. Ketinggian tempat duduknya ialah 800 mm.
Suzuki V-Strom 250 kemudiannya dilengkapi tangki bahan api 17 liter, tayar depan dan belakang bersaiz 110/80-17 dan 140/70-17, dan pelbagai ciri-ciri menarik yang lain.
Antaranya seperti panel meter digital, port pengecas telefon dan lampu belakang LED. Untuk pasaran Malaysia, model adventure ini pernah dikhabarkan akan dilancarkan.