Kawasaki KLX150SM SE 2024 tampil lebih sporty di pasaran Indonesia

Kawasaki baru-baru ini rasmi melancarkan dua buah model supermoto terbaharu untuk pasaran Indonesia; Kawasaki KLX150SM 2024 dan Kawasaki KLX150SM SE 2024.

KLX150SM merupakan varian Standard, sementara KLX150SM SE pula tampil sebagai varian Special Edition dengan empat pilihan warna dan aksesori yang lebih menarik.

Empat pilihan warna berkenaan ialah Ebony, Aquarius Green, Neon Green / Ebony dan Battle Gray. Pilihan aksesori menarik yang dipasangkan pada model tersebut pula ialah fork depan berwarna keemasan, pelindung tangan dan skid plate (pelindung enjin).

Harga jualannya ditetapkan sebanyak Rp. 39,500,000, bersamaan RM 11,700.66 (kadar semasa). Di bahagian teknikal, kedua-dua model itu berkongsi spesifikasi yang sama.

Antaranya enjin bersesaran 144cc (air-cooled, 4-stroke single, SOHC, 2 valves) dengan sistem karburetor, dan menjana 12PS @ 8,000rpm dengan tork 11.3Nm @ 6,500rpm.

Begitu juga dengan sistem suspensi, sistem brek dan saiz tayar yang digunakan. Tinggi pelana 840 mm, namun jarak kelegaan bumi 270 mm (275 mm untuk KLX150SM).

Model seberat 120 kg (119 kg untuk KLX150SM) itu seterusnya dilengkapi panel meter digital sepenuhnya, lampu depan LED yang terang, dan tangki bahan api 6.9 liter.