Yamaha NMAX 155 2023 dilancarkan di pasaran Thailand

Pasaran negara jiran Thailand baru-baru ini rasmi menerima pelancaran model Yamaha NMAX 155 2023, yang didatangkan dalam pilihan varian Standard dan Connected.

Bagi varian Standard, tiga pilihan warnanya ialah Dull Blue (warna baharu), Power Grey dan Yamaha Black, dan dijual dengan harga sebanyak THB 95,000 (RM 12,212.35).

Varian Connected pula didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Dark Patrol, Redline dan Prestige Grey, dengan harga jualan sebanyak THB 98,500 (RM 12,662.28).

Di bahagian teknikal, Yamaha NMAX 155 2023 masih mengekalkan spesifikasi sebelum ini, antaranya termasuklah enjin dalam sesaran 155cc dengan transmisi automatik.

Spesifikasi menarik lain ialah seperti Smart Motor Generator, sistem Stop & Start, panel meter digital LCD, Smart Key System, soket pengecas 12V, lampu depan dan belakang LED, lampu hazard, tangki bahan api 7.1 liter, ABS dwi-saluran, dan storan 23.3 liter.

Berbanding varian Standard, varian Connected hadir dengan dua spesifikasi yang lebih premium dan canggih iaitu Yamaha Y-Connect dan Traction Control System (TCS).