Yamaha Tricity 155 2023 diperkenalkan di pasaran Jepun

Untuk pasaran Jepun, Yamaha bukan saja memperkenalkan model Yamaha Tricity 125 2023, malah turut memperkenalkan model terbaharu Yamaha Tricity 155 2023.

Antara perbezaan yang ditawarkan oleh Tricity 155 termasuklah enjin berkapasiti 155cc, dengan kuasa maksimum 15PS @ 8,000rpm dan tork maksimum 14Nm @ 6,500rpm.

Perbezaan lain ialah Tricity 155 turut dilengkapi sistem brek cakera dengan ABS, soket kuasa untuk mengecas telefon, dan kunci brek belakang untuk memudahkan parking.

Berat keseluruhan Tricity 155 mencapai 172 kg (168 kg untuk Tricity 125). Pilihan warna yang tersedia ialah Matt Yellowish Gray Solid, White Metallic dan Matt Gray Metallic.

Untuk pasaran domestik Jepun, Yamaha Tricity 155 2023 dijual dengan harga sebanyak 566,500 Yen, bersamaan nilai RM 18,874.05 berdasarkan kadar mata wang semasa.