Bermula tarikh 28hb. Februari 2023 yang lepas, model skuter terbaharu Yamaha Tricity 125 2023 secara rasmi telah memulakannya jualannya di pasaran domestik Jepun.
Tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Dark Grayish Blue Solid, White Metallic dan Matt Gray Metallic, harganya ditetapkan sebanyak 495,000 Yen (RM 16,491.88).
Yamaha Tricity 125 2023 kini dilengkapi enjin Blue Core 124cc (liquid-cooled, SOHC, 4-valves) yang mematuhi piawaian emisi terkini di Jepun, bersamaan piawaian Euro 5.
Enjin dengan teknologi VVA dan dipadankan transmisi automatik itu menawarkan kuasa maksimum 12PS @ 8,000rpm, bersama-sama tork maksimum 11Nm @ 6,000rpm.
Model skuter seberat 168 kg itu kemudiannya dilengkapi Smart Motor Generator, sistem Stop & Start, sistem kunci pintar, tangki petrol 7.2 liter, dan ruang simpanan 23.5 liter.
Turut melengkapinya termasuklah panel meter digital dengan ciri sambungan ke telefon pintar, lampu depan LED, dan sepasang tayar bersaiz 90/80-R14 dan 130/70-R13.
Untuk keselamatan, Yamaha Tricity 125 2023 dilengkapi sistem brek cakera pada setiap rodanya. Untuk keselesaan, tempat duduknya mempunyai ketinggian hanya 770 mm.