QJ Motor SRV300 2023 ditawarkan di pasaran Greece

Untuk pasaran Malaysia, model cruiser QJ Motor SRV250 telah dilancarkan pada tahun lepas, dengan harga jualan asas yang berpatutan iaitu sebanyak RM 16,888.00.

Sementara itu di pasaran Greece, QJ Motor SRV300 2023 telah mula ditawarkan sejak bulan Februari yang lalu, dengan harga jualan 4,495 €, bersamaan RM 21,461.34.

Di bahagian teknikal, QJ Motor SRV300 dilengkapi enjin 296cc (liquid-cooled, 2-cylinder V-twin, 4-stroke, 8-valves, SOHC) dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 31PS @ 9,000rpm dengan tork puncak 26Nm @ 5,000rpm. Tangki bahan apinya pula hadir dengan kapasiti maksimum 13.5 liter.

Spesifikasi lain yang melengkapinya adalah seperti fork depan USD, suspensi belakang berkembar (preload adjustment), dan sistem brek cakera dengan ABS dwi-saluran.

Tayar yang digunakan bersaiz 120/80-16 (depan) dan 150/80-15 (belakang), yang juga menyumbang kepada ketinggian pelana 700 mm. Berat model itu mencapai 164 kg.

Melengkapkan lagi ciri-ciri menarik pada QJ Motor SRV300 termasuklah sistem lampu LED sepenuhnya, panel meter digital, dan gaya tunggangan yang selesa dan santai.