Untuk pasaran Thailand, model bergaya retro Yamaha XSR155 2023 kini diperkenalkan dengan dua pilihan warna terbaharu iaitu Wanderlust Blue dan Gray Matt Metal.
Satu lagi pilihan warna yang ditawarkan ialah Classic Black, merupakan warna daripada model tahun 2022. Harga jualannya pula ialah sebanyak THB 96,600 (RM 12,547.52).
Yamaha XSR155 2023 masih mengekalkan spesifikasi yang sama, antaranya termasuk enjin 155cc VVA dengan kuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.
Enjin itu kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan sistem Assist & Slipper Clutch. Model seberat 134 kg itu mempunyai tangki petrol berkapasiti 10 liter.
Ciri-ciri menarik pada model tersebut antaranya fork depan terbalik, sistem brek cakera, lampu depan dan belakang LED, dan panel meter LCD berbentuk bulat yang klasik.
Yamaha XSR155 2023 seterusnya dilengkapi sepasang tayar yang bersaiz 110/70-R17 (depan) dan 140/70-R17 (belakang). Ketinggian tempat duduknya mencapai 810 mm.