CFMOTO 450SR 2023 kini di Malaysia, harga RM 28,888.00

Model sport bike terbaharu CFMOTO 450SR 2023 kini diumumkan telah tiba di pasaran Malaysia mulai bulan Mac ini, dengan harga jualan asas sebanyak RM 28,888.00.

Untuk makluman anda, model berkenaan sebelum ini telah diperkenalkan pada Oktober 2022 yang lalu untuk pasaran tempatan, dan kini ianya mula ditawarkan secara rasmi.

Imbas kembali, CFMOTO 450SR 2023 memiliki enjin bersesaran 449.3cc (parallel twin-cylinder engine, DOHC, liquid cooled) dengan transmisi 6-kelajuan dan slipper clutch.

Kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin itu mencapai 49.6hp @ 9,500rpm dengan tork maksimum 39Nm @ 7,600rpm. Kelajuan maksimumnya pula sekitar 190 km/j +.

Pelbagai ciri-ciri menarik melengkapi model tersebut, antaranya seperti panel meter 5.0 inci TFT dengan sistem T-BOX yang membolehkan sambungan telefon ke motosikal.

Selain itu ianya dilengkapi fork depan USD, brek cakera depan Brembo dengan sistem Bosch ABS, winglet untuk tahap aerodinamik optimum, dan port pengecas telefon.

CFMOTO 450SR 2023 seterusnya mempunyai tangki bahan api 14 liter, menggunakan tayar bersaiz 110/70-R17 dan 150/60-R17, tinggi pelana 795 mm, dan berat 168 kg.

Menurut CFMOTO Malaysia, dengan setiap pembelian CFMOTO 450SR, setiap pemilik bakal menikmati jaminan pengeluar selama 2 tahun atau jarak perjalanan 20,000 km.