Untuk pasaran Eropah, Yamaha Ténéré 700 Extreme Edition 2023 rasmi diperkenalkan pada bulan Februari yang lepas, dengan dua pilihan warna Icon Blue dan Tech Kamo.
Berbanding versi standard Yamaha Ténéré 700 2023, versi Extreme Edition kini tampil dengan fender depan yang lebih tinggi bergaya enduro, di samping warna sepadan.
Turut melengkapi model berkenaan ialah pelindung radiator aluminium, panduan rantai, dan pemijak kaki titanium yang ringan dengan permukaan lebih luas sehingga 35%.
Yamaha Ténéré 700 Extreme Edition seterusnya dilengkapi paparan meter TFT 5.0 inci dengan tiga tema pilihan, berbanding dua tema yang tersedia pada model standard.
Di bahagian suspensi, ianya dilengkapi fork depan KYB 43 mm boleh laras sepenuhnya (with Kashima coating) dengan travel 230mm, lebih 20mm berbanding model standard.
Suspensi belakang juga merupakan KYB boleh laras sepenuhnya (canister shock), dan mempunyai jarak travel 220mm iaitu 20mm lebih tinggi berbanding model standard.
Dengan perubahan tersebut, ruang kelegaan tanah pada Yamaha Ténéré 700 Extreme Edition juga kini lebih tinggi kepada 260mm, lebih 20mm berbanding model standard.
Ketinggian tempat duduk rata kini 910mm, meningkat sebanyak 35mm daripada 875mm pada model standard. Berat keseluruhan model Extreme Edition kekal sama 205 kg.
Yamaha Ténéré 700 Extreme Edition 2023 memiliki enjin CP2 689cc (2-cylinder, liquid-cooled, DOHC) yang menjana 73.4PS @ 8,750rpm dengan tork 67Nm @ 6,500rpm.