Di pasaran Malaysia pada ketika ini, model moped Yamaha Y16ZR 2023 dengan skim warna terbaharu telah dilancarkan dalam bulan Oktober 2022 yang lepas.
Harga jualan asasnya pula kini telah meningkat kepada RM 11,118.00, walaupun model popular tersebut masih mengekalkan spesifikasi teknikal dan ciri-ciri yang sama.
Oleh itu terdapat permintaan daripada para peminat setia, agar model moped sporty itu menerima naik taraf terkini yang lebih menarik agar pembeliannya lebih berbaloi.
Setakat ini jika Yamaha mahu menjadikan Y16ZR sebagai sebuah model yang menjadi pendahulu di dalam segmennya, beberapa ciri terbaharu boleh dipertimbangkan.
Masih lagi sekadar impian, Yamaha Y16ZR 2024 misalnya perlu dilengkapi sistem brek ABS, Traction Control, Quick Shifter, panel meter TFT, dan lampu signal jenis LED.
Selain itu, ciri-ciri menarik lain yang boleh dinaik taraf ialah seperti soket pengecas USB jenis Type-C, sistem sambungan Yamaha Y-Connect, dan tangki bahan api 7.0 liter.
Namun begitu jika semua naik taraf itu menjadi kenyataan, sudah pasti harga asasnya akan meningkat lebih tinggi. Bermakna ada pro dan kontra dalam situasi berkenaan.
Apa yang pasti, setiap model motosikal di pasaran akan sentiasa menerima naik taraf terkini mengikut peredaran masa, walaupun ketika ini ianya dirasakan agak mustahil.
Sama ada Yamaha Y16ZR 2024 akan tiba dengan beberapa naik taraf terbaharu, atau akan kekal dengan spesifikasi sedia ada, sama-samalah kita nantikan ketibaannya.