Selain daripada model naked Suzuki Gixxer 2023, turut diperkenalkan di pasaran India ialah model sport bike sporty dengan gaya full fairing iaitu Suzuki Gixxer SF 2023.
Suzuki Gixxer 2023 dan Suzuki Gixxer SF 2023 berkongsi enjin, spesifikasi dan ciri-ciri yang sama, namun berat penuh Gixxer SF ialah 148 kg (berat penuh Gixxer 141 kg).
Bagi model tahun 2023, Suzuki Gixxer SF juga menerima kemaskini skim warna baharu yang lebih sporty, dan ketiga-tiga pilihan warna itu adalah sama seperti model Gixxer.
Di samping itu, Suzuki Gixxer SF 2023 juga kini dilengkapi dengan teknologi terbaharu Suzuki Ride Connect Technology, yang membolehkannya berhubung ke telefon pintar.
Untuk pasaran India, harga jualan yang ditetapkan untuk model tersebut ialah sebanyak INR 1,45,500, bersamaan nilai RM 7,660.21 berdasarkan kadar mata wang semasa.