Kawasaki KLX150 SE 2024 dilancarkan di pasaran Indonesia

Kawasaki Motor Indonesia baru-baru ini telah melancarkan tiga buah model baharu iaitu Kawasaki KLX150 S 2024, Kawasaki KLX150 2024, dan Kawasaki KLX150 SE 2024.

Bagi model Kawasaki KLX150 SE 2024, ianya merupakan varian teratas yang kelihatan lebih sporty dan premium, di samping mempunyai pilihan warna yang lebih menarik.

Empat pilihan warna yang ditawarkan untuk jentera off-road yang lasak itu ialah Delight Blue / Ebony, Neo Green / Ebony, Vivid Orange dan juga Shiny Yellow / Oriental Blue.

Selain itu, Kawasaki KLX150 SE 2024 juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan aksesori yang menarik seperti Hand Guard, Frame Cover dan Skid Plate yang melindungi enjin.

Di bahagian suspensi, model tersebut seterusnya dilengkapi fork depan USD berwarna emas, yang menjadikan penampilannya lebih menyerlah berbanding dua varian lain.

Di bahagian enjin, ianya adalah sama dengan model KLX150 S dan KLX150 iaitu 144cc (air-cooled, 4-stroke, SOHC, 2-valves) dengan kehadiran sistem bahan api karburetor.

Enjin itu kemudiannya dipadankan dengan transmisi lima kelajuan, yang menjana kuasa maksimum 12PS @ 8,000rpm dengan keluaran tork maksimum 11.3Nm @ 6,500rpm.

Kawasaki KLX150 SE 2024 mempunyai tangki bahan api 6.9 liter. Saiz roda depan dan belakangnya 21 inci dan 18 inci. Harga jualannya Rp. 39,500,000.00 (RM 11,381.84).