Kawasaki KLX150 2024 dilancarkan di pasaran Indonesia

Selain daripada model standard Kawasaki KLX150 S 2024, Kawasaki Motor Indonesia pada masa yang sama turut melancarkan model terbaharu Kawasaki KLX150 2024.

Kedua-dua model tersebut mempunyai banyak persamaan, antaranya dilengkapi lampu depan LED, panel meter digital, dan termasuklah enjin dengan prestasi yang sama.

Namun Kawasaki KLX150 2024 mempunyai beberapa kelebihan. Pertama ialah jentera tersebut dilengkapi fork depan USD dengan jarak travel 185 mm (berbanding 175 mm).

Selain itu roda depan dan belakangnya mempunyai saiz yang berbeza iaitu 21 inci pada bahagian depan (berbanding 19 inci) dan 18 inci di belakangnya (berbanding 16 inci).

Satu lagi kelebihan Kawasaki KLX150 2024 berbanding Kawasaki KLX150 S 2024 ialah jarak kelegaan buminya yang lebih tinggi kepada angka 300 mm, berbanding 265 mm.

Dari segi warna pula, hanya warna Lime Green sahaja yang ditawarkan. Untuk pasaran Indonesia, harga jualannya ditetapkan sebanyak Rp. 36,500,000.00 (RM 10,412.09).