Pada tahun lepas, model kapcai terbaharu SM Sport 110E (N2) 2022 dengan rasminya diperkenalkan untuk pasaran tempatan, dengan tiga pilihan warna yang menarik.
Untuk anda yang mungkin bercadang membelinya, terlebih dahulu anda boleh melihat paparan brosurnya di sini, untuk mendapatkan maklumat spesifikasi dan ciri-cirinya.
Berdasarkan paparan brosur tersebut, SM Sport 110E (N2) 2022 dilengkapi enjin 109cc dengan kuasa maksimum 6.04hp @ 5,500rpm dan tork setinggi 7.0Nm @ 5,000rpm.
Sistem transmisinya ialah empat kelajuan, manakala tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 4.0 liter. Harga jualannya pula dikatakan berada di bawah RM 4k sahaja.