Warna baharu Suzuki Raider R150 Fi 2023 di pasaran Filipina

Di pasaran Filipina, Suzuki Raider R150 Fi 2023 kini rasmi diperkenalkan dengan empat pilihan warna baharu, sebagai pengganti kepada model Suzuki Raider R150 Fi 2022.

Empat pilihan warna baharu itu ialah Blue, Red, Ivory dan Black, dan model moped itu ditawarkan dengan harga jualan sebanyak P116,400, bersamaan nilai RM 9,086.63.

Di bahagian teknikal, ianya kekal sama seperti mana model tahun 2022. Suzuki Raider R150 Fi 2023 mempunyai enjin bersesaran 147.3cc (liquid-cooled, DOHC, 4-valve).

Enjin berprestasi tinggi dengan sistem transmisi enam kelajuan itu menghasilkan kuasa maksimum 18.23hp @ 10,000rpm, dengan tork maksimumnya 13.8Nm @ 8,500rpm.

Spesifikasi lain yang melengkapi Suzuki Raider R150 Fi 2023 adalah seperti fork depan teleskopik, suspensi belakang tunggal, dan sistem brek cakera depan dan belakang.

Kapasiti tangki bahan api jentera moped bergaya naked itu ialah 4.0 liter, tinggi tempat duduk 765 mm, dan saiz tayar depan dan belakangnya ialah 70/90-17 dan 80/90-17.

Ciri-ciri menarik pada Suzuki Raider R150 Fi 2023 antaranya termasuklah lampu depan LED, ruang storan peribadi, dan panel meter inspirasi daripada Suzuki GSX-S1000.