Sebuah lagi model terbaharu yang cukup menarik iaitu CFMOTO 250CL-X 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, dalam bulan Februari 2023.
Menurut CFMOTO Branch Cheras KL FB, harga jualan asas untuk model berkenaan dikatakan sekitar RM 15k sehingga RM 17k, yang boleh dikatakan berpatutan.
Secara ringkas, CFMOTO 250CL-X untuk pasaran Malaysia akan didatangkan dengan dua pilihan warna, sama seperti model yang dilancarkan di pasaran Indonesia.
Enjin pula bersesaran 249.2cc (single cylinder, 4-stroke, liquid cooled, 4-valve, DOHC), dengan kuasa maksimum 26.14hp @ 9,750rpm dan tork puncak 22Nm @ 7,250rpm.
Untuk maklumat selanjutnya yang lebih lengkap, sama-sama kita tunggu pelancarannya nanti. Jika anda berminat, tempahan juga kini telah dibuka oleh wakil pengedar rasmi.