Pengeluaran Yamaha Lagenda 115Z ditamatkan secara rasmi

Salah sebuah model kapcai popular yang pernah ditawarkan di pasaran Malaysia ialah Yamaha Lagenda, bermula dengan model Yamaha Lagenda SR pada tahun 2000.

Ketika itu model berkenaan hanya dilengkapi enjin empat lejang bersesaran 100cc, dan ianya dikatakan sebagai penerus kesinambungan kepada model kapcai Yamaha SR-X.

Pada tahun 2003, Yamaha Lagenda SR telah dinaiktaraf kepada model baharu Yamaha Lagenda 110, dan ianya telah dilengkapi enjin dalam sesaran yang lebih besar 110cc.

Kemudiannya pada tahun 2005, Yamaha Lagenda Z 110 telah diperkenalkan, dan ianya diikuti dengan pelbagai versi terbaharu sehinggalah ke versi terakhir pada tahun 2020.

Yamaha Lagenda 115Z keluaran tahun 2020 dilancarkan pada tarikh 08hb. September 2020, dengan tiga pilihan warna menarik dan harga jualan asas sebanyak RM 5,180.00.

Akhirnya kini pengeluaran Yamaha Lagenda 115Z di pasaran Malaysia telah ditamatkan secara rasmi pada Januari 2023, dan digantikan model baharu Yamaha EZ115 2023.

Sebab utama kenapa pengeluaran Yamaha Lagenda 115Z ini ditamatkan ialah mungkin kerana enjinnya tidak lagi mematuhi piawaian emisi Euro 4 yang telah dikuatkuasakan.

Tambahan pula model tersebut telah lama berada di pasaran dan agak ketinggalan jika dibandingkan dengan model-model baharu lain, contohnya Yamaha 135LC Fi 2022.