Berita baik untuk peminat motosikal adventure di pasaran Malaysia, apabila Boon Siew Honda dikhabarkan bakal melancarkan model terbaharu Honda XL750 Transalp 2023.
Bagaimanapun tarikh pelancaran rasminya masih belum dapat disahkan, mungkin pada tahun ini atau pada tahun depan, dengan jangkaan harga dikatakan sekitar RM 70k.
Untuk pasaran Eropah, Honda XL750 Transalp 2023 diperkenalkan secara rasmi pada penghujung tahun lepas di EICMA 2022, dalam tiga pilihan warna menarik dan sporty.
Model itu dikuasakan enjin 755cc (liquid-cooled OHC 4-stroke 8-valve parallel twin with 270° crank and Unicam) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.
Kuasa maksimum yang dihamburkan mencapai 90.5hp @ 9,500rpm dengan tork 75Nm @ 7,250rpm. Dengan tangki bahan api 16.9 liter, perjalanan jauh bukanlah masalah.
Untuk anda yang tidak mahu menunggu, Boon Siew Honda ketika ini turut menawarkan model kembara Honda CB500X 2022, dengan harga asas sebanyak RM 36,099.00.