Pasaran tempatan kini mempunyai satu lagi pencabar baharu dalam segmen motosikal sport bike, iaitu Aveta VZR250 2023 yang dilancarkan pada tarikh 12hb. Januari 2023.
Model tersebut tampil dengan tiga pilihan warna menarik Air Force Blue, Fire Bird Red dan Jet Black. Harga jualan asasnya pula ditetapkan sebanyak RM 14,998.00 sahaja.
Enjinnya bersesaran 250cc (4-stroke, DOHC, liquid-cooled, single-cylinder) dengan EFI, dan dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan dan slipper clutch yang lancar.
Kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin itu mencapai 25.4hp @ 9,000rpm, dengan tork maksimum 21Nm @ 7,000rpm, pastinya memadai untuk model seberat 186 kg ini.
Di pasaran tempatan, Aveta VZR250 2023 yang tampil sporty dan moden ini dikatakan bersedia untuk memberikan cabaran kepada model-model lain di dalam segmennya.
Antara model-model itu ialah Honda CBR250RR, Yamaha YZF-R25, CFMOTO 250SR dan Modenas Ninja 250. Sementara itu KTM RC 200 hanya dilengkapi enjin 199.5cc.
Untuk peminat tempatan, pelancaran Aveta VZR250 2023 secara tidak langsung telah memberikan mereka pilihan baharu. Yang penting adalah minat dan juga jumlah bajet.