Honda hari ini memperkenalkan model Honda CBR650R 2023 untuk pasaran domestik Jepun, yang kini tampil dengan satu pilihan warna baharu iaitu Pearl Glare White.
Dua lagi pilihan warna terdahulu yang ditawarkan ialah Matte Ballistic Black Metallic dan Grand Prix Red, dengan kemaskini skim baharu berbanding Honda CBR650R 2021.
Honda CBR650R 2023 akan berada di pasaran Jepun secara rasmi mulai tarikh 16hb. Februari 2023. Berikut ialah senarai harga yang ditawarkan mengikut pilihan warna :
- Pearl Glare White : ¥ 1,078,000 (RM 36,321.01)
- Matte Ballistic Black Metallic : ¥ 1,078,000 (RM 36,321.01)
- Grand Prix Red : ¥ 1,111,000 (RM 37,432.88)
Spesifikasi teknikal kekal seperti dahulu, antaranya enjin 649cc (liquid-cooled, 16-valve, DOHC inline-4 cylinder) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.
Enjin yang patuh piawaian emisi paling terkini itu menghasilkan kuasa maksimum 95PS @ 12,000rpm, dengan tork 63Nm @ 9,500rpm. Kapasiti tangki bahan apinya 15 liter.
Untuk pasaran Eropah, Honda CBR650R 2023 telah diperkenalkan pada Oktober 2022 yang lalu. Selepas ini versi 2023 dijangka akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia.