Model sport bike pertama keluaran Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. kini secara rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, dengan harga jualan asas sebanyak RM 14,998.00.
Harga itu masih belum termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Tempoh jaminan yang ditawarkan pula adalah selama 2 tahun atau 20,000 km, yang mana tiba dahulu.
Aveta VZR250 2023 ini dikuasakan enjin satu silinder bersesaran 250cc (DOHC, EFI), seterusnya dipadankan transmisi enam kelajuan dengan sistem Assist & Slipper Clutch.
Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin itu mencapai 25.4hp @ 9,000rpm, dengan tork 21Nm @ 7,000rpm. Tangki petrolnya 14 liter, dan beratnya ialah 186 kg.
Spesifikasi lain termasuklah fork depan teleskopik, suspensi belakang mono dengan ciri pelarasan prabeban, brek cakera depan berkembar, dan brek cakera belakang tunggal.
Sistem lampu LED kesemuanya, manakala panel meter merupakan gabungan analog dan digital. Tiga pilihan warna menarik yang ditawarkan ialah merah, biru dan hitam.
Setakat ini didapati Aveta VZR250 2023 telah tiba di bilik pameran wakil penjual, anda boleh saksikan gambar-gambar menariknya yang disiarkan di dalam galeri di bawah.
Sumber gambar : Ok Motor Hiap Aik FB & TM Cheras FB