Pasaran Greece di Eropah sememangnya sinonim dengan jualan model-model kapcai dan moped, sehinggakan Modenas pernah menawarkan pelbagai model di negara itu.
Terkini salah sebuah model moped terbaharu yang ditawarkan di pasaran Greece ialah Benelli RCX 185 2023, dengan enjin 174cc yang dipadankan transmisi enam kelajuan.
Sekali pandang tentu ramai yang mengenali model berkenaan, yang tidak lain dan tidak bukan berasal daripada model Benelli R18i yang kini ditawarkan di pasaran Malaysia.
Spesifikasi Benelli RCX 185 dan Benelli R18i pada asasnya adalah sama, kecuali bagi model untuk pasaran Eropah, enjinnya bertaraf Euro 5 dan dilengkapi sistem brek ABS.
Berdasarkan maklumat spesifikasi yang didedahkan, paras kuasa dan tork Benelli RCX 185 ini ialah 17.7hp dan 15.2Nm, dengan kelajuan maksimumnya mencapai 120 km/j.
Setakat ini harga jualannya di pasaran Greece masih belum didedahkan. Untuk pasaran Malaysia, Benelli R18i ditawarkan dengan harga asas sebanyak RM 7,999.00 sahaja.
Sumber : motomag.gr