KTM baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran model naked KTM 390 Duke 2023, yang kini tampil dengan dua pilihan warna baharu yang lebih sporty dan menyerlah.
Spesifikasi teknikal dan ciri-ciri yang ditawarkan pula masih kekal sama, antaranya ialah enjin berprestasi dalam sesaran 373cc (single-cylinder, 4-stroke, DOHC, 4-valve).
Enjin itu dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan dan PASC Slipper Clutch, seterusnya menghasilkan kuasa 44hp @ 9,000rpm dengan tork 37Nm @ 7,000rpm.
Ciri-ciri menarik lain pada KTM 390 Duke 2023 ini termasuklah sistem Ride-by-Wire, fork depan USD WP Apex 43 mm, suspensi belakang monoshock WP Apex dengan ciri ‘preload adjustable’, dan sistem brek ABS Dual Channel dengan mod Supermoto ABS.
Selain itu ianya juga dilengkapi sistem lampu LED, panel meter TFT, tayar yang bersaiz 110/70-17 dan 150/60-17, tinggi tempat duduk 830 mm, dan tangki bahan api 13.4 liter.
Sementara itu di pasaran Malaysia, model yang ditawarkan ialah KTM 250 Duke 2022 dengan enjin satu silinder 248.8cc, dengan harga asasnya sebanyak RM 21,500.00.