KTM 125 Duke 2023 terima warna baharu lebih segar

Jentera naked KTM 125 Duke 2023 kini telah menerima kemaskini warna baharu yang lebih segar dan sporty, yang memperlihatkan motif berwarna biru, putih dan oren.

Aspek teknikal pula masih sama seperti sebelumnya, tanpa sebarang naik taraf terkini. Enjinnya kekal 124.7cc dengan transmisi enam kelajuan, dan menghasilkan kuasa 15hp dengan tork 12Nm.

Spesifikasi lain adalah seperti fork depan terbalik WP Apex 43 mm, suspensi belakang monoshock WP Apex dengan ciri pelarasan prabeban, dan sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel dan Supermoto ABS.

KTM 125 Duke 2023 selanjutnya dilengkapi tangki bahan api 13.4 liter, tinggi tempat duduk 830 mm, jarak kelegaan bumi 175 mm, dan berat kering hanya 139 kg.

Melengkapkan lagi ciri-ciri menariknya ialah sistem lampu LED sepenuhnya, di samping paparan panel meter digital TFT dengan pelbagai maklumat penting dan berguna.