Sementara pasaran Malaysia masih menantikan ketibaannya, model adventure Suzuki V-Strom 250SX baru-baru ini telah diumumkan akan tiba di pasaran New Zealand, pada suku pertama 2023.
Suzuki V-Strom 250SX setakat ini telah rasmi dilancarkan di pasaran India, Filipina dan Australia, dan ianya juga bakal dilancarkan di pasaran Indonesia, Thailand dan juga Vietnam.
Melihat kepada spesifikasinya, model tersebut dilengkapi enjin bersesaran 249cc (4-stroke, oil-cooled, SOHC, 1-cylinder) yang dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan.
Enjin SEP (Suzuki Eco Performance) dengan teknologi SOCS (Suzuki Oil Cooling System) itu mampu menawarkan kuasa maksimum 26.5PS @ 9300rpm, dengan tork maksimum 22.2Nm@7300rpm.
Antara spesifikasi menarik lain yang melengkapi model adventure itu termasuklah fork depan teleskopik 41 mm, suspensi belakang monoshock dengan ciri ‘7-step adjustable preload’, dan sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel.
Turut melengkapinya ialah teknologi Suzuki Easy Start System, soket pengecas USB, kluster instrumen digital LCD pelbagai fungsi, lampu depan dan belakang LED, tayar depan 19 inci, tayar belakang 17 inci, dan tangki petrol 12 liter.
Suzuki V-Strom 250SX 2023 ini mempunyai tempat duduk dengan ketinggian 835 mm, jarak kelegaan tanah 205 mm, dan beratnya hanya 167 kg (curb mass).